Belajar Ilmu Hartanah & Kewangan Percuma

  • Kurangkan komitmen bulanan sebanyak 50% (Reduce monthly commitment by 50%)

  • Beli hartanah tanpa modal yang selamat (Buy the best and safe properties without deposit)

  • Beli hartanah dengan diskaun 30%-50% (Buy properties with discount 30%-50%)

  • Jana pendapatan sampingan sehingga 5-6 ANGKA sebulan (Earns 5-6 figures additional incomes)

Siapa saya..


Faizul Ridzuan

Saya Faizul Ridzuan, seorang pelabur hartanah yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pelaburan hartanah di Malaysia. Pada tahun 2005, saya berjaya membeli hartanah pertama saya tanpa modal dengan gaji RM2,000 sebagai pekerja biasa. Sebelum berusia 30 tahun saya telah memiliki 23 buah hartanah. Sehingga hari ini, saya telah memiliki lebih dari 60 buah hartanah di Malaysia.



Ini adalah buku pertama yang saya tulis pada tahun 2012 dan kini masih lagi berada di pasaran.

Dalam buku ini saya kongsikan bagaimana saya membeli 23 buah hartanah sebelum berusia 30 tahun tanpa modal.

Saya hanya pemuda yang berasal dari keluarga biasa dan bukan mewarisi kekayaan dari sesiapa. Saya buktikan orang biasa juga boleh berjaya dalam pelaburan hartanah dengan ilmu & strategi yang betul.


Saya pernah dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan hartanah di syarikat korporat seperti Petronas, TNB, Shell dan juga bersama pemaju seperti Sunway, SP Setia dan Country Garden.


Melalui syarikat saya FAR Capital Sdn. Bhd., hampir 5,000 klien telah berjaya memiliki hartanah yang menjana keuntungan cashflow positif walaupun pada waktu krisis ekonomi.

Bagaimana Saya Lakukan?

Rahsianya adalah ilmu dan strategi yang betul.

Ramai orang terperangkap dalam game hartanah kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup dan strategi yang terbukti berkesan sebelum terjun ke dalam bidang pelaburan hartanah.

Akibatnya, terpaksa menanggung hutang atau terpaksa sewakan pada harga jauh lebih rendah dari bayaran bulanan (negative cashflow).

7 KRITERIA HARTANAH

Berpandukan 7 kriteria utama pemilihan hartanah yang menguntungkan dan berisiko rendah, saya dapat memiliki hartanah yang berkualiti dan berpotensi menjana keuntungan. Inilah yang telah kami lakukan berulang-ulang kali di FAR Capital.

Kami tidak akan membeli hartanah yang berisiko dan tidak menepati 7 kriteria utama ini. Formula ini telah terbukti berkesan.

Oleh sebab itu, klien-klien kami dapat beli hartanah tanpa modal, menikmati cashback lumayan dan menjana keuntungan dari hartanah mereka.